English Version »

Perkhidmatan Audit & Percukaian

Juruaudit 
 
Mangikut Akta Syarikat 1965 semua syarikat berhad mesti melantik Juruaudit dalam masa tiga (3) bulan selepas ditubuhan. Perlantikan Juruaudit pertama adalah dibawah tanggungjawab Pengarah dan berkuatkuasa sehingga Mesyuarat Agong pertama di mana akuan yang telah di audit akan dibentangkan. 
 
Juruaudit yang diluluskan adalah seseorang yang mempunyai kelayakan tetentu dan telah diberikan kelulusan sebagai Juruaudit oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Akaun Beraudit

Mengikut Sekyen 167 Akta Syarikat 1965, pengarah bertanggungjawab memastikan agar syarikat menyimpan rekod akaun yang mencukupi untuk menerangkan tentang urusniaga syarikat. Akaun sepatutnya memadai bagi menentukan kedudukan kewangan syarikat dan membolehkan akaun untung rugi dan kunci kira kira yang betul dan saksama di sediakan untuk diaudit. Rekod urusniaga (akuan) syarikat mesti disimpan sekurang kurangnya selama tujuh (7) tahun.

Akaun tahunan yang teleh di audit perlu di bentangkan pada mesyuarat Agong tahunan syarikat sebelum di serahsimpan ke SSM bersama penyata tahunan.

Pencukaian

Sistem taksiran sendiri telah diperkenalkan untuk syarikat mulai tahun 2001. Dibawah sistem ini pengarah syarikat bertanggungjawab menentukan tanggungan cukai syarikat dan membuat bayaran kepada LHDN.

Pembayar cukai perlu menentukan tanggungan cukai yang betul dan membuat bayaran kepada LHDN sendiri. Ini tidak bermakna pihak LHDN tidak akan memeriksa borang cukai. Sesetengah borang cukai akan di audit. Besar kemungkinan LHDN akan mengaudit syarikat yang mana berkemungkinan membuat anggaran cukai yang rendah atau tidak benar dan yang terdedah kepada pendapatan berisiko tinggi.

Syarikat perlu mempunyai sistem simpanan rekod yang baik. Ini akan membantu membuktikan bahawa setiap maklumat diberikan adalah benar dan tepat apabila di audit oleh LHDN.

Sebuah syarikat yang baru memulakan perniagaan perlu menghantar anggaran cukai yang perlu dibayar dalam masa 3 bulan dari tarikh memulakan perniagaan dan membuat bayaran mulai keenam untuk tahun taksiran tersebut.

Syarikat yang baru memulakan operasi boleh mengemukakan jumlah cukai yang dianggarkan munasabah untuk tahun itu, tetapi perbezaan diantara cukai sebenar dan anggaran tidak boleh melebihi 30% dari cukai sebenar, dimana jika melebihi 30%, lebihan itu akan dikenakan penalty.

Panel Auditor kami ialah Bahudin & Associates. Tel: 03-80240833 Fax: 03-80247833 or e-mail bahudin@pd.jaring.my.

Spektra Management Sdn Bhd

Tel: 03-80240255 atau 016-6296550 (Hema)
Fak: 03-80247833
e-mail: info@registeracompany.com.my










Komen / Maklumbalas

Tiada komen.

Hantar komen

Nama
E-Mel
komen